i-CSR jadi platform kumpul pakar terlibat pembangunan komuniti
PLATFORM seperti i-CSR dilihat sebagai wadah yang terbaik untuk mengumpulkan pakar-pakar, pengamal industri serta para penyelidik yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti atau projek yang melibatkan pembangunan komuniti.
Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Prof Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi berkata, inisiatif ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang merangkumi lima bidang tumpuan iaitu kemajuan masyarakat, penjagaan bumi, kemakmuran, keamanan dan kerjasama.
“Saya yakin, diskusi yang telah berlangsung selama program ini berlangsung dapat membuka mata kita tentang isu-isu semasa serta cabaran yang dihadapi oleh sesuatu komuniti di dalam negara kita secara khususnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan International Symphosium Of Community Social Responsibility (i-CSR 2023) di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis, Arau, Perlis.
Program ini merupakan anjuran Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan UiTM.
Forum selama selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 43 pembentang dan peserta.
Shukor Sanim berkata, UiTM Cawangan Perlis menyokong sepenuhnya yang bermatlamat membincangkan isu-isu semasa berkaitan komuniti.
Ini kerana katanya, dalam mendepani arus permodenan dan kepesatan teknologi, penting bagi akademia, organisasi serta industri untuk bertukar-tukar buah fikiran yang kritis serta praktikal dalam memperkasakan pembangunan komuniti dari pelbagai sudut.
“Segala ilmu dan perkongsian yang diketengahkan pada i-CSR 2023 juga dapat menjadi catalyst bagi kita untuk membantu meningkatkan kualiti hidup serta ekonomi komuniti setempat,” katanya.
Sebelum majlis penutupan diadakan pembentangan lima “Best Practices” PTJ yang melibatkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan UiTM Perlis.
Juga diadakan Forum Quadruple Helix Engagement For Sustanable Economy and Community Environment dengan bertemakan “Inisiatif Pembangunan Asnaf dan Pemerkasaan Komuniti.”
Ia melibatkan Shukor Sanim sebagai moderator, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor sebagai Panel 1, Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Nurul Ain Mohamed Bakri (Panel 2) dan Timbalan Pengerusi Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia Cawangan Perlis (MPKSM), Mohd Hashim Md Akhir. – SM
BACA Memori naik ETS, bas gamit 45 bekas pelajar UiTM Perlis