Hiburan

Hujan tak berhenti di Miri, Faye Kusairi risau keadaan bapa di rumah

HUJAN lebat tidak berhenti di kawasan Miri, Sarawak menimbulkan kerisauan terhadap pelakon, Faye Kusairi.

Faye berkata, dia risau dengan dengan keadaan tersebut memandangkan bapanya tiggal seorang diri di kawasan Lutong.

“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dan mala tadi, air pasang besar dan hujan tidak berhenti di Miri.

“Rumah saya di Lutong juga terkena kesan (dinaiki air) dan hanya ada bapa keseorangan di rumah itu,” katanya.

Menurut Faye, dia meluahkan kerisaun terhadap bapanya memandangkan tiada tiket penerbangan untuk pulang dan kes yang semakin tinggi.

Apa yang berlaku menurutnya membuatkan dia runsing memikirkan keadaan bapanya itu.

“Keadaan yang berlaku sekarang memang benar-benar mencabar mental dan emosi saya,” katanya.

Dalam pada itu, Faye turut menasihatkan penduduk di kawasan Miri supaya berhati-hati dengan situasi banjir apatah lagi Sungai Lutong itu mempunyai buaya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button