Nasional

Hishammuddin akan siasat dakwaan buli di kem tentera

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein berjanji untuk melindungi pemberi maklumat dan menyiasat dakwaan seorang individu bahawa adiknya dibuli di kem tentera.

Dalam satu ciapan di Twitter hari ini, Hishammudin berkongsi satu ‘post’ yang dibuat oleh ahli keluarga anggota tentera di Kem Bujang dan meminta individu terbabit untuk menghubungi pejabatnya bagi memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan salah laku itu.

“Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan.

“Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi dan jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Dalam mesej itu, individu tersebut mendakwa bahawa adiknya yang ditempatkan di Kem Bujang telah didera oleh senior dan terpaksa menghabiskan gaji bulanan dan wang simpanannya untuk membeli barangan kepada mereka.

Laporan kepada polis sudah dilakukan, namun polis memberitahunya untuk melaporkan kembali perkara itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan di kem tentera. – SM

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button