Nasional
Hishammuddin berpegang kepada pendirian ‘No Anwar, No DAP’
PEMIMPIN Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengulangi bantahannya bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.
Menjelang pertemuan antara pemimpin PH dan BN di Hotel Seri Pacific, Hishammuddin, yang memenangi kerusi Parlimen Sembrong, berkata beliau rela dipecat parti daripada menukar pendiriannya.
“Tidak (Pengerusi PH Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tidak DAP. Mana-mana pihak yang merasakan saya perlu dipecat (daripada parti) kerana mengekalkan pendirian saya dalam perkara ini, silakan” katanya dalam siaran Facebook hari ini. -SM