Politik

Isunya babi, bukan haji – Pemuda Pas

TAPAH: Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata sejumlah pihak memainkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan menangguhkan haji kerana ingin mengalih perhatian masyarakat daripada isu sebenar dalam PRK Ayer Kuning.

Menurut Afnan, isu sebenar bagi PRK itu adalah berkenaan ladang babi di sana.

Dia berkata isu menangguhkan ibadah haji demi mengundi tidak timbul memandangkan penerbangan pertama haji pada tahun ini adalah pada 29 April ini, iaitu tiga hari selepas hari mengundi.

“Tiga hari selepas mengundi, selamatlah berangkat pergi haji. Tiada apa-apa isu pun.

“Sebenarnya depa hanya nak alih isu babi sahaja. Depa gagal jawab isu itu.

“Isu sebenar adalah babi, bukan haji,” katanya di Facebook.

“Abdul Hadi datang ceramah sekali sahaja, habis gegak gempita seluruh alam buana, kutuk maki Abdul Hadi. Habis keluar fatwa sesat dan macam-macam (lagi).

“Masa Almarhum Nik Aziz cakap benda sama pada 2012 dulu, mereka ada di mana?” soalnya lagi.

Sebelum ini Amanat Hadi juga telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah apabila dikaitkan dengan kejadian solat dua imam dan sebagainya kerana haram berimamkan ahli UMNO dan haram memakan sembelihan orang UMNO.

Walau bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan beliau tidak pernah melabelkan ucapan dan kenyataan tersebut sebagai Amanat Haji Hadi, tetapi dilabelkan oleh pihak lain, sedangkan ucapan beliau pada tahun pada tahun 1981 itu dicetak dan dilekatkan di pejabat-pejabat Pas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button