Politik
Hishammuddin anggap pelantikan bukan satu keistimewaan
MENTERI Luar Negeri yang baharu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hargai kepercayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melantik beliau selaku menteri kabinet.
“Saya tidak anggap lantikan ini sebagai satu keistimewaan. Sebaliknya ia satu amanah besar yang perlu saya galas dengan sedaya upaya saya.
“InsyaAllah, kepentingan negara akan terus saya utamakan. Saya mohon rakyat beri peluang dan doakan, semoga segala urusan dipermudahkan. Ameen Ya Rabbal Alamin,” katanya.