Hiburan

Hilangnya kekuatan dalaman Ieda Moin…

PERKHABARAN sedih dikongsi oleh Ieda Moin, anak seni yang bertapak dalam dunia seni suara dan lakonan tanah air buat sekian lama.

Kemunculan Ieda bersama adiknya, Eddy dalam industri hiburan dahulu dikenali sebagai Ieda dan Eddy Moin, iaitu nama ayah yang menjadi lambang kekuatan dua beradik ini.

Semalam, Ieda dan seluruh keluarganya berduka atas pemergian ayah tersayang ke rahmatullah. Salam takziah Ieda, Eddy dan seluruh keluarga.

Abdul Moin Abd Ghani, 68, meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru-parunya.

Curahan rasa duka Ieda dinukilankan oleh beliau menerusi laman Instagramnya, Iedamoin79.

Catat Ieda: Yes cikda anak abah, semua anak perempuan akan jadi istilah anak abah. Tiada satu pun rahsia hidupku dari yang hitam sempai putih yang abah tak tau. Semua ku kongsikan pada abah yang abah bawa sampai ke hujung nyawa. TERIMA KASIH ABAH.

Sambung Ieda dalam catatannya lagi: Arwah abah sangat penyayang. Sangat memupuk nilai tinggi kasih sayang dalam jiwa anak-anak betapa tingginya nilai kasih sayang dalam kehidupan…harta benda tiada ukuran dalam kasih sayang katanya.

Tidak aka nada tinggi kasih sayang pada NYA yang boleh melepasi dari segala kasih sayang yang ada di dalam dunia dan akhirat.

Cari kasih sayangNYA insya allah akan selamat dunia dan akhirat. Alhamdulillah bah pilihan abah untuk menjaga anak abah yang kepala batu ni memang tak salah, bak kata abah, yang boleh pecahkan batu dalam kepala anak abah ni jer yang boleh hidup dengan anak abah sampai hujung nyawa…

Macam abah sayang ma, ma sayang abahla. Bercinta sampai bawa ke mati tak pernah hilang. Tenanglah di sana wahai …Al Fatihah buat abah, Abd Moin Abd Ghani. (14/4/1952 – 20/10/2020)

Ieda sebagai anak seni banyak melalui frasa dalam kehidupannya, termasuk zaman kegemilangan dan zaman yang penuh mencabar.

Hari ini apabila beliau kehilangan arwah ayahnya, Ieda tetap tabah dan perlu meneruskan hidupnya.

Semoga Ieda cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button