Bola SepakSukan

Chelsea seri lagi

Oleh kerana saya peminat pasukan Chelsea, jadi saya hanya ulas ‘game’ Chelsea sebab game lain saya tak tonton.

Kali ini giliran Seville pula mengikat Chelsea tanpa jaringan dalam pertembungan Liga Juara-juara.

Sebelum ini Chelsea seri 3-3 dengan Southampton pada perlawanan Liga Inggeris walaupun berkali-kali Chelsea mendahului.

Kali ini Seville berjaya mengikat Chelsea dengan permainan yang sangat ketat kawalan, sehingga menyukarkan jentera serangan Chelsea bergerak.

Sebenarnya Seville lebih banyak peluang cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

Pemain Seville sangat berdisiplin dalam permainan ‘man to man marking’. Para pemain Chelsea pula sering membuat hantaran yang mudah dijangka lawan.

Sering juga pemain Chelsea membuat hantaran yang tidak kemas dan bola hantaran silang ke dalam kotak penalti juga kurang berkesan.

Kesimpulannya kreativiti pemain Chelsea berjaya dikekang oleh Seville dengan ‘marking’ yang ketat.

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button