Hikmah di sebalik penularan COVID-19
Media sosial mahupun media perdana semuanya kisah menakutkan dan menyedihkan berlaku di seluruh dunia sejak kota Wuhan di Hubei, China diserang wabak corona pertengah Disember tahun lalu.
Apabila WHO mengisytiharkan virus berkenaan telah pendamik bermakna telah menular ke hampir seluruh dunia, kehidupan ini dirasakan bagaimana sampai hayat yang semakin singkat.
Kebanyakan negara mengenakan perintah berkurung dan sekurang-kurangnya seperti Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PK).
Namun disebalik berita sedih itu ada juga berita menggembirakan. Inilah masalah bumi untuk berehat dan kita merapatkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat.
Pencemaran menurun
Ketika negara-negara melakukan perintah berkurung kerana virus, ia turut disertakan penurunan kadar pencemaranm khususnya udara.
BBC melaporkan di China dan Itali kadar nitrogen dioksida iaitu tahap pencemaran udara yang serius telah menurun.
Selain kerana kurang pergerakan kenderaan, kilang-kilang yang menyumbang kepada pencemaran juga banyak tidak beroperasi.
Para peneliti di New York juga mengatakan kepada BBC, hasil awal menunjukkan karbon monoksida, terutama dari kenderaan, telah berkurang hampir 50 peratus dibandingkan tahun lalu.
Dengan adanya pembatalan penerbangan secara massa oleh sejumlah syarikat penerbangan dan jutaan orang bekerja dari rumah, negara-negara di seluruh dunia diharapkan juga mengalami penurunan tingkat pencemaran.
Di Malaysia selepas dua minggu PKP orang ramai mungkin dapat keluar ke pusat rekreasi dan menghirup udara yang lebih segar.
Sungai yang lebih bersih dan jernih
Di Venice yang terkenal dengan bandar di dalam air serta menggunakan pengangkutan air menjadi tumpuan pelancong dunia, kini kualiti airnya semakin baik.
Jalan-jalan kosong tanpa pengunjung dan air yang sebelum ini keruh mulai jernih dan dilaporkan hingga ikan dapat dilihat dari permukaan sungai.
Berkongsi kebaikan
Penduduk kota sebelum ini terkenal dengan sikap individualistik kini lebih bertimbang rasa.
Mereka yang sedang melakukan pembelian panik berlebihan kini sedar mereka perlu membantu orang lain yang juga terputusa bekalan makanan dan bekalan keperluan lain.
Bagi mereka yang bekerja gaji harian, duduk di rumah bermakna mereka kehilangan pendapatan.
Oleh itu mereka perlu kreatif mencipta sumber rezeki baharu seperti menyediakan perkhidmatan menghantar makanan hinggu ke pintu rumah pelanggan.
Ramai juga turut membantu menyumbang makanan kepada barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis, tentera, rela dan APMM.
Para pelajar pusat pengajian tinggi turut menerima sumbangan makanan daripada pelbagai pihak.
Di New York dua warganya mengumpulkan 1,300 sukarelawan dalam 72 jam untuk mengirimkan bahan makanan dan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan.
Facebook mengatakan ratusan ribu orang di Inggris telah bergabung dengan sejumlah kelompok solidariti, sementara kelompok serupa telah dibentuk di Kanada, dan menjadi trend di seluruh dunia.
Supermarket di Australia menetapkan tempoh jam khusus untuk golongan cacat dan usia emas untuk mendapatkan keperluan harian dengan tenang.
Merapatkan masyarakat
Pelbagai cara masyarakat bangkit memberi semangat kepada orang ramai seperti di Itali ada yang menyanyi di koridor untuk menghiburkan orang ramai.
Terdapat juga video tular dikatan di Pulau Pinang individu yang membuat konsert solo di koridor rumahnya bagi menghiburkan penduduk rumah pangsa di sekitarnya.
https://youtu.be/RiKh7Bf9fsE
Ramai juga menggunakan grup WhatsApp dan pelbagai lagi media sosial untuk berhubung dan bahasa yang digunakan juga lebih sopan kerana menghormati situasi yang suram dan muram ini.
Berkongsi tip dan hobi di media sosial
Dengan jutaan penduduk dunia terperangkap di dalam rumah, mereka kini menghasilkan video dan pelbagai tulisan bagi menggembirkan rakan-rakan di media sosial.
Ada yang melukis kartun, ada yang berkongsi resepi serta pelbagai lagi hobi.
Kartun dikongsi oleh Ozom Hasram
Ketika situasi ini juga buku di dalam talian menjadi tumpuan pencarian buku secara virtual.
Kuliah-kuliah agama juga diadakan secara striming di dalam talian dan ia mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Restoran Pelita Nasi Kandar menyumbang makanan kepada petugas kesihatan.
https://www.facebook.com/najibrazak/videos/3555736601163230/UzpfSTcwODc3MzI2ODoxMDE1NzI0OTEyMzA4MzI2OQ/