Luar Negara

Henti beli yogurt, pemandu kereta api digantung

SEORANG pemandu kereta api dan pembantunya telah digantung kerja selepas membuat perhentian tidak berjadual untuk membeli yogurt.

Pemandu kereta api, Rana Mohammad pada mulanya menghentikan kereta api itu di Stesen Kereta Api Kahna dan kemudiannya menyuruh pembantunya, Iftikhar Hussain membelikan yogurt sedangkan perjalanan baru sahaja 18 kilometer.

Seorang lelaki telah merakamkan kejadian tersebut dan dapat dilihat dalam video tersebut Iftikhar sedang berjalan dengan santai membeli yogurt dari gerai berdekatan tanpa mempedulikan waktu perjalanan yang tertangguh.

“Lihatlah. Dia menghentikan kereta api di tengah landasan membeli yogurt,” kata lelaki tersebut.

Memetik laporan The Independent, kereta api itu dalam perjalanan dari Lahore di utara ke Karachi di Selatan.

Related Articles

Jurucakap Kementerian Kereta Api Pakistan, Syed Ijaz-ul-Hassan Shah berkata, Rana dan Iftikhar telah digantung tugas kerana melanggar peraturan.

“Ketika kamu menghentikan kereta di tengah landasan, itu akan menimbulkan masalah keselamatan.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Jadi kita tidak boleh bertoleransi dengan apa pun yang mendatangkan bahaya,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Landasan Kereta Api, Azam Khan Swati memberi amaran bahawa mana-mana pihak tidak dibenarkan sama sekali menggunakan aset negara untuk kegunaan peribadi.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button