Nasional

Hayati Rukun Negara, luhur Perlembagaan dan hormat undang-undang – Titah Raja Muda Perlis

Sempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun, marilah kita semua rakyat bersama-sama menghayati Rukun Negara, luhurkan ketinggian ’Perlembagaan’ dan hormatilah Undang-Undang dengan erti kata yang sebenarnya.

Pada masa yang sama kita hendaklah sentiasa bersatu hati, saling hormat-menghormati, faham memahami dan bertolak ansur.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menitahkan ucapan selamat jalan secara maya menurut hebahan media yang disiarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada kumpulan pelajar Perlis baharu ke Mesir yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat terbang ke Kaherah melalui Dubai pada malam semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyempurnakan simbolik sumbangan ‘Bantuan Serta-Merta IPT Timur Tengah MAIPs’ kepada para pelajar terbabit sebagai bantuan awal sebelum dipertimbangkan ‘Bantuan Dermasiswa Zakat MAIPs’ yang disalurkan secara tahunan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang turut hadir dalam pertemuan tersebut memaklumkan bahawa seramai 9 orang pelajar berkenaan pada kali ini diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Ustaz Ahmad Hafiz Jaafar akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Kaherah dalam bidang Syariah dan Undang-Undang, Syariah Islamiah dan Bahasa Arab. Tambah beliau, mereka semuanya akan tinggal di Rumah Perlis di 7th District Nasr City, Kaherah dan akan menjalani tempoh kuarantin kendiri selama tujuh hari sejurus ketibaan di sana.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button