EkonomiNegeri

Harumanis tanaman rumit, munasabah cecah lebih RM40 sekilogram

MUNASABAH apabila harga mangga Harumanis, buah ikon Perlis ini boleh mencecah sehingga RM40 sekilogram atau lebih di luar negeri ini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, ini kerana penjagaan pokok mangga Harumanis ini amatlah rumit dan sukar.

Titah Baginda, tambahan pula dengan pensijilan myGAP untuk ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) ini mampu menghasilkan buah Mangga Harumanis Perlis Gred Premium, berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen memotong buah Mangga Harumanis Perlis pada acara simbolik sempena Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2024 anjuran Jabatan Pertanian Perlis di pekarangan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar, petang semalam.

“Beta menyambut baik usaha Jabatan Pertanian dengan menjalankan kajian bersama institusi penyelidikan dan syarikat seperti MARDI, UniMAP, UiTM, UPM dan syarikat-syarikat tempatan bagi menangani isu-isu yang dihadapi dalam memastikan pengeluaran mangga Harumanis Perlis yang lebih berkualiti,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan melancarkan Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2024 anjuran Jabatan Pertanian Perlis di pekarangan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar, petang semalam.

Berkenan berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Berangkat sama anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Razali Saad dan Pengarah Pertanian Perlis, Hafizuddin Othman.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sempena dengan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 Mangga Harumanis Perlis merupakan salah satu tarikan utama yang dapat menarik para pengunjung dalam atau luar negara datang ke Perlis.

“Beta berharap supaya para pengusaha dan peniaga melakukan jualan mangsa Harumanis dengan jujur,” titah Baginda

Baginda juga berkenan melakukan simbolik memotong mangga Harumanis semasa majlis pelancaran.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan ceramah bertajuk ‘Zakat Harumanis’.

Sementara itu dalam kenyataan media Jabatan Pertanian Perlis, harga pasaran harumanis adalah dari RM25 hingga RM45 sekilogram mengikut gred iaitu Premium A, Gred B dan Gred C.

Dianggarkan nilai pengeluaran sebanyak 1.7 metrik tan yang bernilai RM44.48 juta. – SM

BACA Hubungan strategik dengan syarikat kurier tingkat khidmat hantar harumanis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button