Hiburan

Harith Iskander, Dr. Jazemin bercerai talak satu

PELAWAK Harith Iskander dan isterinya Dr. Jazemin Lim sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Ia menamatkan bahtera perkahwinan 14 tahun yang dibina mereka berdua.

Lafaz cerai Harith itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd. Ali.

“Perkahwinan kami sudah sampai ke tahap ini, tetapi kami masih berkawan demi kebaikan anak-anak.

“Perkara ini berjalan lancar dan kami berdua telah bersetuju dalam semua aspek bagi perceraian ini.

“Tentunya saya sedih. Tapi kami bersetuju bahawa perceraian ini membolehkan kami teruskan kehidupan dan membawa kebaikan bukan untuk diri kami sahaja, malah untuk anak-anak,” kata Harith. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button