Sukan

Harimau Malaya daki dua anak tangga, kini ranking ke-132 dunia

PASUKAN kebangsaan, Harimau Malaysia memperbaiki dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini dengan menduduki tempat ke-132.

Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman sesawang www.fifa.com, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul keseluruhan 1,117.64 mata untuk meningkat daripada posisi ke-134 dunia yang dihuni sejak 18 Julai lepas.

Ia dicapai susulan kejayaan menamatkan kemarau 11 tahun muncul juara saingan Pestabola Merdeka 2024 berlangsung dari 2 hingga 10 Sept lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini yang disertai juara bertahan Tajikistan, Lebanon dan Filipina.
Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan daripada negara Asia Tenggara lain antaranya Vietnam di kedudukan ke-116 sementara Thailand ke-100.
Bagi zon Asia, lima pasukan terbaik ialah Jepun yang menduduki ranking ke-16 dunia, Iran (ke-19), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-25) dan Arab Saudi (ke-56).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button