NasionalUncategorized

Harga baharu pelitup muka 3 lapisan ialah 70 sen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menurunkan harga jualan runcit pelitup muka yang baharu kepada 70 sen berbanding seringgit sekeping sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga baharu itu akan dikuat kuasa melalui Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 bermula pada 1 November depan.

“Pelitup muka 1 lapisan dijual dengan harga runcit 7 sen, dua lapisan (20 sen), tiga lapisan (70 sen) dan pelitup muka N95 pada harga RM6.

“Kita membuat kajian semula harga pelitup muka dengan melibatkan pengeluar tempatan dan pengimport selepas mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Alexander Nanta berkata pihaknya sentiasa memastikan bekalan pelitup muka dan harga jualan yang ditetapkan dipatuhi menerusi beberapa pemantauan di selurun negara.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati pematuhan yang sangat memuaskan di mana hampir semua peniaga menjual pelitup muka sama ada pada paras harga maksimum RM1.00 seunit atau lebih rendah dari itu.

“Kita juga telah membuat pemantauan terhadap status pengeluaran dan pengedaran pelitup muka di semua 12 kilang memproses pelitup muka tempatan.

“Sejumlah 141 juta unit pelitup muka telah dikeluarkan oleh semua pengilang tersebut dan diedarkan untuk jualan ke dalam pasaran tempatan bagi bulan April sehingga September,” katanya.

Ujarnya, sebanyak 67,217 pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan bagi pelitup muka di seluruh negara sejak 29 Januari lalu hingga semalam.

Jelasnya, tindakan pemeriksaan tersebut berjaya menghasilkan sebanyak 73 kes dengan nilai
rampasan sebanyak RM543,737 dan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM518,400. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button