Nasional
Harga Ayam Dalam Pasaran Tidak Diapungkan, Tunggu Harga Siling Baharu!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu kerajaan telah memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.
Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan akan memainkan peranannya dalam mengumumkan harga siling baharu dalam masa terdekat.
Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.