Nasional

Kadar Tarif Elektrik Dan Air Di Semenanjung Tidak Akan Dinaikkan!

Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang.

“Dengan keputusan ini, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

“Ini bermakna pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu kenyataan media berhubung status kadar tarif elektrik semasa.

“Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung.

“Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri,” katanya. – SUARA MERDEKA

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button