Nasional

‘Haram’ Ponggal di sekolah: Mujahid gesa tindakan tegas ke atas pekeliling 

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia tidak pernah mengatakan haram untuk orang Islam untuk menghadiri perayaan menuai masyarakat Tamil itu.

Mujahid berkata, sebaliknya Jakim berkata, orang Islam dibenarkan mengambil bahagian dalam perayaan itu selagi akhlak Islam dipatuhi.

Memetik laporan FMT, Menteri berhubung hal ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa mahu tindakan tegas diambil terhadap pegawai pendidikan yang mengeluarkan pekeliling yang mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam seperti dinasihatkan Jakim.

“Anda (pegawai terbabit) menggunakan perkataan seperti ‘terpaksa’ dan ‘haram’. Come on lah. Kita kata Ponggal diharuskan selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim.

“Isteri saya guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal dengan ramai pelajar Tamil. Sekolahnya mengambil bahagian dalam Ponggal dan pada waktu sama mematuhi akhlak Islam sejak beberapa tahun,” katanya di luar satu acara di Institut Perindustrian Arumugam Pillai.

Pekeliling bertarikh 13 Januari itu menyebut bahawa Jakim menasihatkan mengambil bahagian dalam ritual Ponggal adalah “haram”, terutamanya perbuatan mendidihkan susu, yang merupakan acara utama perayaan menuai masyarakat Tamil itu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button