Bencana alamRencah Hidup

Hanya tinggal tapak, rumah dihanyutkan arus deras

BANJIR di bulan Februari yang melanda Kelantan memang tidak pernah diramalkan oleh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang yang rata-rata, tegal bisa ala biasa dengan musim tengkujuh yang lazimnya melanda pada hujung tahun bulan November dan Disember.

Kali ini, hujan lebat dan sekaligus banjir besar yang melanda beberapa kawasan termasuk Rantau Panjang, dikatakan ada kaintan dengan projek pembinaan benteng tebatan banjir di Kampung Lanchang Fasa Satu.

Ada mangsa banjir mendakwa, projek itu menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan kesannya, enam keluarga berputih mata apabila rumah mereka dihanyutkan air deras.

Fenomena yang berlaku dianggap oleh mangsa-mangsa sebagai banjir terburuk.

Tidak dapat dibayangkan rumah pusaka yang diduduki sejak berpuluh tahun, hanyut dan hanya tinggal tapak.


Alih-alih, rumah yang rosak ditolak arus deras dijumpai 200 meter dari tapak asal.

Menurut Che Hasniza Che Omar, 45, rumah pusaka yang diduduki lebih 27 tahun musnah dibawa arus deras kelmarin, Ahad lalu ketika dia berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Deh.

Menurutnya, dia sekeluarga berpindah ke PPS pada petang Sabtu selepas air mulai memasuki kawasan rumahnya.

“Semalam saya balik untuk melihat keadaan rumah dengan harapan ia tidak dihanyutkan air namun setelah melihat di depan mata, rumah pusaka hanyut sejauh 200 meter dari tapak asal,” kata ibu enam anak ini dengan perasaan sedih.

Bukan sahaja mengakui buntu untuk mencari tempat berlindung yang lain, untuk membina rumah baharu pun sangat sukar kerana pendapatan bulanan tidak mencukupi.

Mohd. Huraini Mohd, 40, yang mengalami nasib yang sama dengan Che Hasniza, hanya mampu melihat rumahnya tiada di tapak asal.

Mengharapkan ada pihak yang sudi membantu membina rumah untuk dirinya dan mangsa-mangsa lain yang kehilangan tempat tinggal, Mohd Huraini mengakui, agensi yang berkaitan agar segera tambil menghulurkan bantuan. – SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button