Nasional

Hanya Bayar Kos Penginapan & Tiket Kapal Terbang Sahaja Untuk Ekspo 2020 Dubai

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menanggung kos yuran penyertaan semua Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhara (PMKS) dalam Ekspo 2020 Dubai.

“Semua PKMS hanya perlu membayar kos penginapan dan tiket kapal tebang sahaja dan lebih 400 PMKS mendapat peluang pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Ekspo 2022 Dubai adalah peluang bagi mereka mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang-peluang baharu di luar negara,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika singgah di Ekspo 2022 Dubai selepas lawatan rasmi tiga hari ke Qatar sejak Sabtu lalu.

“Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu, menyokong dan memperkasa PMKS.

“Saya mahu lebih banyak PMKS dapat melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa yang mana boleh membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button