Parlimen

Hanya 80 ahli Parlimen dibenar berada dalam Dewan Rakyat

Kehadiran Ahli Parlimen sepanjang Dewan Rakyat bersidang dihadkan kepada 80 orang pada satu-satu masa termasuk pada pembentangan Belanjawan 2021 esok.

Jumlah tersebut merangkumi 41 pihak kerajaan dan 39 pihak pembangkang dan bebas.

Keputusan tersebut diambil dalam Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat Berikutan Penularan Wabak Covid-19 dipengerusikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan  dihadiri 10 Ketua Whip kerajaan dan pembangkang yang telah diadakan semalam.

Menurut Azhar, pemilihan ahli Parlimen yang berada dalam Dewan Rakyat akan ditentukan oleh parti masing-masing.

“Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas tersebut kepada Yang Berhormat Kota Baharu untuk selarasan kehadiran di pihak anggota pentabiran dan ahli-ahli backbenchers.

“Manakala di pihak pembangkang kad khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran ahli-ahli pembangkang dan bebas,” kata Azhar dalam pemasyuran yang dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Kesemua ahli Parlimen seramai 222 orang dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat ketika proses pengundian belah bahagian.

Mesyuarat itu juga memutuskan Dewan Rakyat akan bersidang bermula jam 10 pagi hingga 2 petang mulai Isnin depan hingga 15 Disember.

Sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pada Isnin hingga Rabu dihadkan selama 1 jam dari 10 pagi hingga 11 pagi.

Perbahasan di peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berlangsung selama 8.

Perbahasan di peringkat Jawatankuasa berlangsung selama 11 hari.

Mesyurat itu juga memutuskan jumlah hari persidangan boleh ditambah sebanyak 2 hari iaitu pada 16 Disember dan 17 Disember sekiranya diperlukan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button