fbpx
BeritaNasional

Hanya 18.13 peratus tunai zakat di Selangor

HANYA 18.13 peratus atau kira-kira 271,950 orang daripada 1.5 juta umat Islam yang layak mengeluarkan zakat menunaikan kewajipan mereka di Selangor sehingga Oktober lalu.

Sehubungan itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang mengambil beberapa langkah bagi memastikan kutipan zakat dapat ditingkatkan dalam usaha membantu lebih ramai golongan asnaf.

Dalam masa sama, jumlah agihan zakat yang telah dilaksanakan kepada seluruh asnaf terbabit ialah sebanyak RM619.4 juta, manakala jumlah kutipan zakat dalam tempoh yang sama meningkat kepada sebanyak RM585.3 juta.

“Oleh itu, khatib menyeru kepada seluruh jemaah sekalian! Tunaikanlah zakat harta anda dengan segera kerana kematian yang pasti itu akan datang menjemput kita pada bila-bila masa.

“Berat sungguh kewajipan berzakat sehinggakan seseorang yang meninggal dunia itu dianggap masih berhutang dengan Allah SWT sekiranya tidak sempat menunaikan zakat, maka warisnya wajib melunaskan zakat tersebut sebelum
harta pusakanya difaraidkan,” demikian menurut teks khutbah Jumaat bertajuk ‘Zakat, Ladang Dunia Untuk Akhirat’yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.


Mimbar mengingatkan bahawa setiap pendapatan, wang simpanan, saham, pelaburan dan perniagaan yang diusahakan adalah tidak terlepas daripada kewajipan berzakat.

Sehingga kini, seramai 60,462 keluarga fakir miskin menerima bantuan zakat secara berterusan daripada LZS.

“Berdasarkan kepada peningkatan jumlah
keluarga asnaf fakir miskin ini, beberapa usaha telah dan sedang dilakukan untuk memastikan kutipan zakat dapat ditingkatkan supaya bantuan kepada asnaf-asnaf ini dapat diberikan dengan sempurna,” menurut teks tersebut lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button