Nasional

Haniff Khatrii peguam kes cabar penggunaan bahasa Cina, Tamil di SJK

KUALA LUMPUR – Haniff Khatri Abdulla telah dilantik sebagai peguam utama kes saman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) yang memfailkan cabaran baru terhadap kesahihan pengunaan Bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan (SJK) atau sekolah vernakular.

Haniff Khatri percaya hasrat GPMS dan Mappim dalam membawa tindakan saman tersebut adalah semata-mata untuk memperkasakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan agar penggunaan wajib bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar muktamad di setiap tahap persekolahan.

“Ini akan menjadi pencetus kepada perpaduan sejati di kalangan kesemua rakyat Malaysia yang majmuk, di masa yang akan datang kelak atas konsep ‘bahasa jiwa bangsa.

“Di tahap ini, firma guaman terbabit masih dalam proses menanti perolehan salinan termetrai guaman itu, sebelum ianya diserahkan kepada kedua-dua defendan dalam tindakan guaman ini iaitu Kementerian Pelajaran dan kerajaan Malaysia. Tanpa gundah-ganjara. Demi agama dan negara tercinta,” kata Haniff Khatri.

Menurut Haniff Khatri firma guaman Amelda Fuad Abi dan Adil telah memfailkan satu tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak GPMS dan Mappim semalam.

Ia bagi permohonan untuk penganugerahan pengisytiharan antara lain bahawa kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil sebagai melanggar Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang sepatutnya menjadi bahasa pengantar di kesemua sekolah.

Penggunaan pengantar bahasa Cina dan Tamil juga melanggar peruntukan Seksyen 2, 18 dan 27 di bawah Akta Pendidikan 1996 yang kononnya membolehkan penubuhan sekolah vernakular sebagai tidak sah di sisi Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia wajib mengambil langkah-langkah untuk memastikan sekolah vernakular mematuhi Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh enam tahun dari tarikh keputusan mahkamah.

Saman yang diperbaharui itu dilakukan selepas Mahkamah Persekutuan menolak cabaran serupa yang dibawa oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atas alasan ia sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button