Politik

Halau pelarian, MP PH zahir kerisauan

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menzahirkan kerisauan dalam Dewan Rakyat hari ini mengenai pelarian yang diusir dari tempat tinggal oleh tuan rumah.

Beliau berkata demikian susulan terdapat laporan media dan gambar tular mengenai nasib pelarian itu terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, perkara itu mencapai tahap kritikal selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) meminta pemilik tidak menyewakan rumah mereka kepada pelarian.

“Kita sudah dapat gambar viral di WhatsApp, kanak-kanak dan juga keluarga pelarian.

“Mereka semua telah dikeluarkan daripada rumah dan  tiada tempat tinggal.”

BACA > Kapal tentera Amerika akan terus transit di Laut China Selatan — Suara Merdeka

Demikian pertanyaan daripada wakil rakyat daripada DAP itu kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Menurut Hannah, masalah tersebut perlu dikoordinasi antara Majlis Keselamatan Negara, kementerian dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Dalam pada itu, beliau juga bertanya sama ada kerajaan sudah membuat perbincangan dengan organisasi antarabangsa itu.

Bagaimanapun, Rina kemudian memaklumkan kepada Dewan Rakyat kementeriannya sedang meneliti isu pelarian.

Beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak PKP dilaksanakan.

Malah, isu berkenaan juga memerlukan pandangan daripada Kementerian Luar bagi menangani masalah tersebut.

BACA > Covid-19: Lima kes baharu, empat daripadanya penularan tempatan — Suara Merdeka

“Ini akan dilihat dari semasa ke semasa dan yang pentingnya bahawa kanak-kanak ini juga di bawah Akta Kanak-kanak.

“Kita akan memastikan bahawa keselamatan mereka ini akan terjamin.

“Kita telahpun bekerjasama dengan KDN kerana bila isu berkaitan dengan bukan warga asing ini perlu mendapatkan pandangan Kementerian Luar.”

Jawab Ahli Parlimen Titiwangsa itu yang dipetik portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Walau bagaiamnapun, Hannah tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak menjawab isu pengusiran.

Menurutnya, kerajaan perlu menjelaskan sama ada langkah pengusiran tersebut akan menyebabkan peningkatan jumlah gelandangan.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon mencelah dengan mengatakan jawapan menteri perlu diterima.

BACA > Pelarian Rohingya, sila pergi ke negara ketiga — Suara Merdeka

Ini kerana menurutnya, persoalan yang dibangkitkan itu bukan dalam sesi perbahasan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button