Nasional

Hakim akan disuntik vaksin Covid bermula 31 Mei

SEMUA hakim di negara ini akan disuntik dengan vaksin Covid-19 bermula hujung bulan ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Mohd. Hassan kerajaan telah memperuntukkan jumlah vaksin yang mencukupi untuk diberikan kepada semua Hakim di negara ini.

Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan akan menerima menjadi penerima pertama vaksin pada 31 Mei 2021 diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

“Pejabat Menteri Undang-Undang juga sedang menguruskan agar semua Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Majistret-Majistret diberikan vaksin di negeri-negeri dengan kerjasama Kerajaan Negeri-Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan.

“Kerajaan menganggap para Hakim dan pegawai-pegawai Mahkamah sebagai Petugas Barisan Hadapan kerana tugas mereka yang berhubungan terus dengan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Takiyuddin berkata, kerajaan berharap dengan pemberian vaksin akan mengurangkan risiko pendedahan hakim kepada virus Covid-19.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button