NasionalNegeriPendidikan

Guru berperanan tingkat motivasi pelajar – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah guru-guru memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri seorang pelajar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertanya kepada salah seorang pelajar sempena majlis Penyerahan Insan Terpilih Madani bagi Program PPITM Tahun 2023 di Hotel Seri Malaysia, Kangar baru-baru ini.

Titah Baginda, guru-guru kaunseling di sekolah perlu menjalankan tugas sebagai kaunselor dan pendengar yang baik bagi membantu pelajar menyelesaikan sebarang kesulitan yang dihadapi oleh para pelajar.

“Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk saling belajar dan memahami satu sama lain demi masa depan anak-anak kita,” titah Baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah sempena majlis Penyerahan Insan Terpilih Madani bagi Program PPITM Tahun 2023 di Hotel Seri Malaysia, Kangar baru-baru ini.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Penaung DiRaja Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE) ketika berkenan berangkat merasmikan majlis Penyerahan Insan Terpilih Madani bagi Program PPITM Tahun 2023 di Hotel Seri Malaysia, Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengerusi FCoEE, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Menurut Kamarudin, melalui program PPITM ini FCoEE menggenggam amanah yang besar untuk mengurus, membimbing, mendidik serta mencorak watak dan personaliti anak-anak asnaf agar lebih berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat keluar daripada lingkungan penerima zakat kepada pemberi zakat pada masa hadapan.

“Selain daripada penerapan ilmu pemantapan akademik dan kompetensi kemahiran, anak-anak asnaf perlu diberikan pendedahan awal berkaitan dengan perkembangan psikososial mereka”, tambah beliau lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menunjukkan sijil watikah pelantikan sempena Penyerahan Insan Terpilih Madani bagi Program PPITM Tahun 2023 di Hotel Seri Malaysia, Kangar baru-baru ini.

Program ini berpayung di bawah Kluster Pembangunan Data Kaji Selidik dan Kualiti Hidup (FKASEH) di mana FCoEE yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjalankan program-program dan usaha bagi mengumpulkan data bagi pembentukan program intervensi pembangunan kualiti dan taraf hidup asnaf. – SM

BACA Peserta MFLS Tier 3 teruja dengar motivasi Pemangku Raja Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button