Nasional

Guru agama ahli GISBH dipenjara 10 tahun rotan tiga kanak-kanak lelaki

Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana menganiaya tiga kanak-kanak lelaki dengan merotan dan menekan dada mangsa menggunakan lututnya di dua sekolah yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan.

“Saya mengaku bersalah puan,” kata tertuduh sambil menundukkan kepala ketika ditanya jurubahasa mahkamah berhubung pengakuannya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala penjara tiga tahun bagi pertuduhan ketiga dan keempat serta memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan menjadikan kesemuanya berjumlah 10 tahun.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM10,000 dan sekiranya gagal mematuhi bon, boleh dipenjara enam bulan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button