Agama

Guna teknologi untuk capai khalayak global dalam berdakwah – Raja Muda Perlis

Dengan memanfaatkan teknologi, ajaran Islam dapat terus disampaikan secara kreatif, interaktif dan dengan cara penyampaian yang sesuai dengan khalayak global masa kini, terutamanya kepada generasi muda.

Lebih banyak inisiatif pertukaran idea, perkongsian pengetahuan dan pembentukan strategi perlu dilaksanakan untuk memajukan dakwah dengan lebih berkesan lagi demi manfaat semua umat Islam.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Sungai Berembang dekat Simpang Empat, Perlis baru-baru ini.

Kayuhan amal dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai oleh Tuanku Raja Muda Perlis itu sendiri turut disertai oleh ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan Persekutuan serta pihak swasta.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyerahkan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada edisi tersebut iaitu Sabri Hassan, 53 tahun dari Kuala Sungai Baru, Awang Pin, 77 tahun juga dari kampung yang sama dan Embon Bakar, 96 tahun dari Sungai Baru.

Masing-masing menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi menampung keperluan harian sekeluarga.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button