JenayahNasionalNegeri

Guna nama Suria KLCC jual barang jenama tiruan online

HATI-HATI peminat barang berjenama terutama jika ia melibatkan pembelian secara dalam talian (online).

Terbaharu “scammer” menggunakan nama gedung membeli-belah terkenal iaitu Suria KLCC bagi pembelian online menerusi akaun Facebook (FB) palsu bagi menjual barangan jenama.

Muhammad menunjukkan gambar barang rampasan produk tiruan yang menggunakan nama Suria KLCC.

Sebaliknya barangan jenama seperti minyak wangi Dior dan Gucci termasuk jam tangan Rolex adalah tiruan yang dipercayai keluaran China hanya beroperasi di sebuah premis di Sekinchan, Selangor.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim selepas seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang membuat laporan polis pada 23 Januari lalu.

“Dalam laporan polis ini, mangsa mendakwa telah terpedaya dalam satu penjualan minyak wangi Dior
Sauvage tiruan yang diiklankan melalui FB,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Muhammad berkata, pada 9 Januari, mangsa telah klik pada satu pautan di laman tersebut yang kemudiannya membawa dia ke satu aplikasi bagi mengisi butiran nama, alamat dan nombor telefon bagi tujuan pembelian minyak wangi dengan tawaran diskaun sebanyak 66 peratus dari harga asal.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya tidak meneruskan pembelian dan terus keluar dari aplikasi tersebut.

Bagaimanapun katanya, pada 17 Januari lalu, mangsa menerima panggilan telefon dari syarikat perkhidmatan penghantar barangan (kurier) untuk penghantaran minyak wangi berkenaan dengan menggunakan kaedah “cash on dilevery” (COD) ke alamat mangsa.

Beliau berkata, setelah membuat bayaran kepada syarikat kurier, mangsa kemudiannya mendapati minyak wangi yang diterima itu disyaki sebagai tiruan.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perlis mendapati akaun FB yang dilayari mangsa adalah palsu dan bukanlah akaun FB Suria KLCC yang sebenar,” katanya.

Muhammad berkata, pihak Suria KLCC juga telah mengeluarkan kenyataan penafian berhubung penjualan barang online yang menggunakan akaun FB atas nama Suria KLCC.

Sehubungan itu, katanya, IPK Perlis telah melancarkan satu operasi dinamakan “Ops Merpati” pada 31 Januari lalu di sebuah premis di Sekinchan, Selangor di mana barangan pelbagai jenama tiruan bernilai RM 214,051 telah dirampas.

Beliau berkata, serentak dengan itu juga seorang lelaki berusia 50-an telah ditahan.

Katanya, suspek telah ditahan dan direman selama tiga hari mulai 31 Januari sehingga 2 Februari untuk siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan (KK).

“Mahkamah Majistret Kangar juga membenarkan permohonan lanjutan reman sehingga 5 Januari ini,” katanya.

Muhammad menunjukkan jenama jam Rolex tiruan anatar produk yang dirampas di Sekinchan, Selangor

Selain kata Muhammad, satu lagi tangkapan susulan dilakukan terhadap seorang wanita warga asing berusia 30-an bagi membantu siasatan.

“Polis masih lagi mengesan dalang sindiket ini yang dipercayai terdiri dari warga asing,” katanya.

Beliau berkata, laman FB palsu tersebut didapati telah ditutup dan dipercayai pihak sindiket juga menghentikan operasi penjualan barang berjenama tiruan buat sementara waktu. -SM

BACA Gara-gara acu pistol tiruan lelaki dipenjara 14 bulan

BACA Pekerja penghantar didenda RM3,500 miliki pistol tiruan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button