Nasional

Guna cermin gelap kerana ada masalah kulit

GUNA cermin gelap kerana mempunyai masalah kulit merupakan alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditahan semasa Operasi Penguatkuasaan Sempena Tahun Baru Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Syed Abdul Aziz, pukul 10.20 malam tadi.

Wanita tersebut yang berusia 40-an yang memandu kereta mewah turut mendakwa dia tidak perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu dan mempunyai surat doktor untuk menggunakan cermin gelap pada kenderaan tersebut.

Susulan itu, wanita tersebut telah diberikan notis 14 hari hadir ke pejabat JPJ negeri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, operasi membabitkan 40 anggota serta pegawai dijalankan selama empat jam dan berakhir pada 12 tengah malam.

Menurut beliau, sepanjang operasi sebanyak 750 kenderaan diperiksa dan 224 kesalahan dikesan.

Related Articles

“Daripada jumlah kenderaan diperiksa, sebanyak 170 kenderaan diambil tindakan dengan 176 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kesalahan terbanyak yang direkodkan dengan 114 kesalahan adalah insurans dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh manakala tiada lesen memandu dengan 47 kesalahan serta cermin gelap 45 kesalahan.

“Kesalahan lain yang turut dikesan spesifikasi ditetapkan serta kesalahan teknikal dengan 18 kesalahan,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata, sepanjang Tahun Baru Cina ini pihaknya turut membuat penguatkuasaan di depoh bas ekspres, Teminal Melaka Sentral serta penyamaran anggota di dalam bas ekspres.

“JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut memeriksa 126 pemandu bas dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati tiada sebarang kes membabitkan dibawah pengaruh dadah,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button