Politik

GRS berbincang siapa bakal Ketua Menteri

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) yang secara tidak rasmi dikatakan telah memang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah malam ini telah berbincang mengenai siapa yang bakal jadi Ketua Menteri.

Ini berdasarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional yang menang disuruh berkumpul di Hotel Ming Court, yang terletak di seberang sungai berhampian ibu pejabat UMNO Sabah.

Ia dikatakan bagu “menunggu arahan seterusnya”.

Sumber memberitahu bahawa mereka sedang dalam proses untuk membincangkan siapa yang harus menjadi Ketua Menteri, yang merupakan isu yang menimbulkan perbalahan yang menyebabkan pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengetuk tanduk sejak minggu sebelumnya.

Dua nama yang disebut-sebut ke jawatan itu ialah ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button