Acara

Great British Circus bakal buat pertunjukkan di Perlis

ARAU 8 Sept. – Great British Circus akan beraksi buat julung kalinya di Perlis di Dataran Kangar Jaya bermula pada 28 September sehingga 20 Oktoboer 2024.

Pertunjukkan penuh dengan hiburan oleh Bid Kid Entertainment Sdn. Bhd. selama 2 jam ini akan merangkumi aksi-aksi komedi, aksi lakonan seperti Globe of Death, tarian, nyanyian, akrobatik serta banyak lagi.

Penghibur dan peserta pertunjukkan terdiri daripada meraka yang pakar dalam ‘trick and drill’ masing-masing yang dibawa khas daripada negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine, Iran, Colombia, Brazil dan beberapa buah negara lain lagi.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Pengasas Big Kid Entertainment Sdn. Bhd. Kiril Yordanow kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis sembah mengadap yang didadakan di Galeri Arau DiRaja Arau baru-baru ini.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif MyUS Sdn. Bhd., Datuk Nellsen Young.

Harga tiket bagi pertunjukan ini bermula dari RM30 sehingga RM150 yang boleh didapati di laman sesawang www.greatbritishcircus.com/ms/buy-tickets/perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button