Rencah Hidup

GPS Tracker Kantoikan Enam Pekerja Curi Tulang Semasa Bekerja!

Siapa sangka dengan GPS Tracker, usaha enam pekerja yang cuba menipu majikan akhirnya terkantoi apabila majikannya secara tidak sengaja melihat pergerakan kenderaan milik syarikat terhenti agak lama.

Sulaiman Isa, 45, dalam satu perkongsiannya mendedahkan syarikatnya memang mengemas kini polisi syarikat dari semasa ke semasa termasuklah pemasangan GPS Tracker pada kenderaan milik syarikat.

“Pada mulanya saya cuma lihat dalam aplikasi pada telefon bimbit yang menunjukkan lokasi kenderaan syarikat berhenti, di sebuah kawasan popular agak Johor Bahru.

“Saya ingat biasa-biasa sahaja. Mungkin mereka keluar buat penghantaran. Tapi kalau dah masuk dua hingga tiga jam, bagi saya akan pelik kerana tugas penghantaran paling maksimum cuma 15 minit.

“Saya hubungi bahagian pengangkutan dan pegawai yang bertugas mengesahkan mereka memang keluar tetapi saya rasa macam tidak berpuas hati.

“Saya Whatsapp pekerja yang bawa lori itu. Salah seorang daripada mereka cakap tidak ke mana-mana dan ada di kilang sahaja. Lagilah bertambah hairan,” tulisnya.

Demi mahu mendapatkan jawapan sendiri, Sulaiman selesaikan semua kerjanya dan menuju ke lokasi di mana kenderaan milik syarikatnya berhenti, dalam tempoh agak lama.

“Rupa-rupanya mereka boleh lepak bilik karaoke berjam-jam pada waktu bekerja. Patutlah barang selalu payah sampai kepada pelanggan on time, ada pekerja yang tak amanah.

“Mujur polisi syarikat pasang GPS Tracker. Kalau tak, entah sampai bila saya sebagai majikan kena tipu memanjang. Berkat ke duit gaji tu?” soalnya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button