Politik

GPS tidak sokong Tun M kerana DAP

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) tidak menyokong Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana faktor DAP.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerana faktor itu mereka memilih untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Malaysiakini, katanya, Yang di-Pertuan Agong mahu menamatkan kebuntuan itu segera.

Maka mereka telah mengadakan mesyuarat dalam talian dan memutuskan menyokong Muhyiddin.

an Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dijadual akan menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri esok pada pukul 10.30 pagi di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdi Istana Negara.

Related Articles

Baginda bertitah, proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadli Shamsuddin, Baginda bertitah bahawa pemilihan Muhyiddin adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik berakhir.

“Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin  (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh).

“Sehubungan itu Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan hari ini.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button