Politik
GPS kekal pendirian sokong PN
Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendirian menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Sabtu.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, ini bukan masa untuk berpolitik sebaliknya menumpukan usaha menangani krisis pandemik COVID-19.
“Pendirian kami (GPS) ialah menyokong Kerajaan PN dan Perdana Menteri (Muhyiddin).
“Kedua, ini masa untuk kita membangunkan negara dan bukan masa untuk berpolitik. Semua ahli parlimen perlu bersatu untuk memacu negara keluar dari krisis ini (COVID-19),” katanya lapor Awani.
Berita lanjut menyusul