Nasionalpilihan

Golongan muda guna vape meningkat, Kementerian Kesihatan kuat kuasa Akta 852

Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya mulai Jun ini.
Ia sebagai langkah menangani peningkatan penggunaan rokok elektronik membabitkan golongan muda.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan dapatan Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023, pengunaan rokok elektronik atau vape membabitkan golongan muda membimbangkan dan memerlukan tindakan pantas serta tuntas.
“Penguatkuasaan Akta 852 ini berserta peraturan dan perintahnya, Insya-Allah akan kita laksanakan bermula Jun 2024 sebagai respons kepada peningkatan vape, sebab dalam akta kawalan produk merokok ia juga akta kawalan vape.
“Kita harapkan dengan perintah dan peraturan kita akan dapat tangani peningkatan rokok elektroknik atau vape dalam kalangan orang muda ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan hasil penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Penjagaan Kesihatan dan GATS 2023 di Putrajaya hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button