Sukan

Gol lewat Ollie Watkins bawa England ke final Euro 2020

GOL Ollie Watkins pada masa kecederaan memberikan kemenangan kepada England menewaskan Belanda 2-1 pada hari Rabu seterusnya mara ke final Euro 2024 untuk berhadapan Sepanyol di Berlin.

Ia adalah malam yang teruk bagi England, tetapi penamatnya luar biasa dengan Xavi Simons memberi Belanda gol pendahuluan pada di akhir separuh masa pertama pada perlawanan di Dortmund itu.

Bagaimanapun, England tidak ambil masa yang lama untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane berikutan panggilan VAR oleh pengadil Jerman, Felix Zwayer, dan perlawanan itu kelihatan akan berlarutan ke masa tambahan hinggalah rembatan kencang Watkins menyaksikan gol yang mengecewakan Belanda.

Watkins menerima hantaran daripada rakan gantian Cole Palmer dengan membelakangi gol pada minit pertama masa kecederaan, berpusing dan merembat rendah ke hujung sudut gol, jaringan yang sudah pasti mengejutkan  Belanda.

Euro kali ini adalah kempen yang kurang meyakinkan daripada pasukan kendalian Gareth Southgate, tetapi keputusannya mereka mara ke final Kejuaraan Eropah kedua berturut-turut, sambil berharap memenangi trofi utama pertama sejak 1966.

Untuk melakukan itu, mereka pastinya perlu beraksi lebih baik daripada mana-mana perlawanan mereka di Jerman setakat ini kerana Sepanyol sebuah pasukan yang cemerlang.

Sepanyol juga akan mempunyai kelebihan masa 24 jam untuk bersiap untuk perlawanan akhir, setelah mengalahkan Perancis 2-1 pada hari Selasa.

Harapan Belanda untuk mengulangi kejayaan mereka pada Euro terakhir yang diadakan di Jerman, pada tahun 1988 tidak kesampaian, tetapi pasukan mereka sekarang tidak mempunyai pemain berkualiti bintang seperti Marco van Basten atau Ruud Gullit.

England telah sampai ke peringkat ini walaupun tidak memenangi sebarang daripada empat perlawanan terakhir mereka dalam masa 90 minit, dan telah dibawa ke masa tambahan oleh Slovakia dan Switzerland.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button