Politik

Giliran Noraini Ahmad letak jawatan kerana ikut parti?

SELEPAS Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan ahli UMNO menarik diri serta merta dari terus menyertai jemaah Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, desas-desus kedengaran Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dijangka akan mengumumkan peletakan jawatan beliau.

Tindakan ini berikutan keputusan 11 ahli Parlimen menarik diri dari memberikan sokongan ke atas Muhyiddin dan keputusan itu dibuat selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat dan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media khas petang tadi mengumumkan UMNO menarik dari kerajaan.

Tidak jelas sama ada peletakan jawatan Noraini akan diumumkan malam ini atau selepas pertemuan dengan Perdana Menteri.

Noraini yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO dilihat akan mengikut keputusan parti.

Setakat ini 12 orang Ahli Parlimen UMNO telah menarik diri dari kerajaan dan secara teknikal menjadikan Perdana Menteri hilang majoriti di Dewan Rakyat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button