gigIT ingin martabatkan hiburan islamik
ISLAMICTUNES melancarkan siaran online gig@islamictunes atau gigIT yang menggabungkan narasumber atau ahli-ahli panel dari Malaysia, Indonesia dan Thailand, semalam.
Pengasas Islamictunes, Rozman Abas berkata, gigIT merupakan online streaming hiburan Islamik yang bertujuan untuk membangunkan dan memartabatkan pembuat konten-konten hiburan yang patuh syariah dan “halal” untuk pengisian makanan jiwa umat Muslim.
Menurut Rozman, gigIT dibangunkan susulan hiburan Islamik tidak mendapat tempat dalam kalangan umat Islam sendiri.
“Dulunya, hiburan nasyid pernah menguasai pasaran industri muzik Malaysia dan Nusantara tetapi kini semakin sepi dan lesu,” katanya.
Selain itu, Rozman berkata, IslamicTunes juga telah memulakan usaha untuk mengajurkan acara KL International Islamic Music Festival 2022 (ilMF 2022).
“Program tersebut merupakan salah satu usaha bagi mengisi kekosongan program-program memartabat dan memperkasakan industri konten Islam,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Rozman, gig@islamictunes berusaha untuk menghubungkan pihak pedagang samada muslim atau non-muslim yang ingin memasarkan produk mereka kepada komuniti muslim melalui segmen MUSLIMPRENEURS yang akan dimulakan tidak lama lagi.
“Selain dari syarikat A&M Berkat Travel Tours, penaja pertama yang menyahut seruan ini adalah syarikat QR Oyes SDN.BHD,” katanya.
Rozman berharap agar acara gig@islamictunes mendapat sokongan untuk menjadi wadah bagi menemukan pembuat, pemilik dan pedagang konten, membuat perbincangan mejabulat.
Tambahnya, dia juga berharap gig@islamictunes dapat memberi ruang dan peluang kepada artis, munsyid dan daei untuk bersama-sama memakmurkan industri hiburan islamik.-SM