NasionalPendidikanpilihan

GIATMARA komited hasilkan modal insan berkualiti dan berjaya

GIATMARA berhasrat melaksanakan proses rejuvenasi atau meremajakan institusi itu berasaskan penelitian setempat dalam melahiran pelatih-pelatih lepasannya dalam bidang kemahiran di peringkat tertinggi selari dengan permintaan industri pada hari ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Haji Din Adam, berkata pihaknya akan melihat bidang kemahiran baharu untuk diteroka selari kehendak semasa.

“Kita akan buat rejuvenasi program bersesuaian dengan pasaran dan permintaan semasa. Ia mengambil kira kekuatan di tempat masing-masing, contohnya di Pantai Timur peluang kerja pelajar terarah kepada industri minyak dan gas, selain kemahiran teknologi maklumat yang makin mendapat perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media GIATMARA 2022 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jabar Azman Jaafar serta pengurusan tertinggi GIATMARA serta wakil dari MARA.

Pengerusi GIATMARA Malaysia, Datuk Dr. Haji Din bin Adam ketika menyampaikan ucapan di Majlis Apresiasi Media GIATMARA 2022 di Kuala Lumpur, semalam. Foto: Suara Merdeka

Selain pendidikan kemahiran, GIATMARA juga aktif dalam membimbing pelatihnya dalam bidang keusahawanan selari dengan program, gerak hala tuju dan misi yang dianjurkan oleh pihak MARA. Pelatih GIATMARA juga berpeluang mendapatan bantuan keusahawanan yang ditawarkan oleh MARA.

Din berkata, GIATMARA turut mempergiat usaha memperkenalkan lebih 2,000 usahawannya yang bergelar jutawan. Dalam majlis tersebut, beliau juga telah mengumumkan edisi pra-lancar buku ’40 Permata Biru’ yang bakal memaparkan 40 usahawan yang melibatkan diri mereka dengan kemahiran yang diperolehi melalui program GIATMARA dalam bidang masing-masing.

“Kita akan memaklumkan masyarakat, ada ramai jutawan dilahirkan menerusi program GIATMARA.Ini menunjukkan 232 pusat GIATMARA di seluruh negara yang meliputi pelbagai bidang berupaya melahirkan pelajar cekap dan berjaya sebagai usahawan,” katanya.

Pengerusi GIATMARA Malaysia, Datuk Dr. Haji Din bin Adam (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Datuk Jabbar Azman bin Haji Jaafar (kanan) bersama edisi pra-lancar buku 40 Permata Biru Usahawan GIATMARA di Majlis Apresiasi Media GIATMARA 2022 di Kuala Lumpur, semalam. Foto: Suara Merdeka

GIATMARA juga telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) antaranya melalui program ‘KampungKu Mahir’, ‘Giat Di Hati’ dan ‘Preventive Maintenance’ sebagai salah satu cara memberi semula kepada masyarakat dalam masa yang sama dapat mempertingkatkan kemahiran pelatih-pelatihnya.

Pada majlis yang julung kali diadakan untuk meraikan pengamal media, GIATMARA turut menyampaikan sijil dan plak penghargaan termasuk kepada Suara Merdeka sebagai pengiktirafan atas sokongan melalui liputan berita. – SM

Artikel berkaitan > Pelajar keciciran akedemik dipelawa sertai TVET KPLB

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button