Ekonomi
Genetec Technology catat untung bersih RM8.18 juta
Genetec Technology Bhd – yang harga sahamnya meningkat lebih dari 10 kali sejak awal tahun – kembali positif dengan mencatat keuntungan bersih RM8.18 juta pada suku tahun yang berakhir pada 30 Jun lalu.
Ini berbanding dari kerugian bersih RM2. 09 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu.
Pencapaian itu disokong oleh jumlah jualan yang lebih tinggi dan peningkatan kecekapan operasi.
Pendapatan suku tahun meningkat 225 peratus kepada RM40.28 juta daripada RM12.43 juta.