Ekonomi

Generali Malaysia perkukuh komitmen kepada pelanggan, masyarakat dengan pertumbuhan strategik dan inovasi

Generali Malaysia dengan bangganya berkongsi wawasan strategik dan pencapaiannya yang terkini di samping terus mentakrifkan semula lanskap insurans dengan menumpukan pada penyelesaian yang berpusatkan pelanggan, kecemerlangan operasi, serta impak kepada masyarakat.

Operasi Diperkemas demi Peningkatan Pengalaman Pelanggan Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya, Generali Malaysia telah berjaya menggabungkan rangkaian cawangan insurans am dan hayat di bawah satu bumbung.

Dengan memanfaatkan kepakarannnya dalam insurans am, yang merangkumi penyelesaian perubatan dan kesihatan, kenderaan, rumah, perjalanan, kemalangan diri dan perniagaan, syarikat ini kekal komited dalam menangani keperluan pelanggan yang berubah-ubah di samping memberi pelanggan pengalaman yang konsisten,lancar dan mudah.

Segmen insurans Hayat Generali Malaysia melengkapkan tawaran ini dengan penyelesaian yang disesuaikan untuk perlindungan, perlindungan perubatan, simpanan, serta perancangan pewarisan di setiap peringkat kehidupan.

Prestasi Kewangan yang Kukuh

Generali Malaysia telah menunjukkan daya tahan kewangan yang luar biasa, mengesahkan keteguhan kedudukannya dalam pasaran dan kecemerlangan yang strategik.

Pencapaian ini mencerminkan keupayaan syarikat untuk mengemudi lanskap persaingan dengan berkesan sambil terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produk insurans yang komprehensif.

Hasil yang diperoleh ini merupakan contoh kecekapan operasi yang mampan, serta kejayaan strategi inovatif yang direka untuk memacu pertumbuhan jangka panjang.

Memperkasakan Masyarakat Generali Malaysia menguatkan lagi dedikasinya terhadap impak masyarakat melalui The Human Safety Net (THSN), sebuah pergerakan global berkonsepkan insan membantu insan.

Di bawah THSN, program Munch & Move yang dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Generasi Gemilang telah membantu lebih 531 keluarga dengan anak-anak kecil (0-6 tahun).

Inisiatif yang inovatif ini menggalakkan pemakanan sihat, penjagaan responsif, dan pembelajaran awal melalui aktiviti berasaskan permainan dan menyeronokkan yang membantu kanak-kanak membentuk tabiat yang sihat dan suka belajar.

Selain itu, syarikat telah memperluaskan usahanya melalui kerjasama dengan Suriana Welfare Society Malaysia untuk menyediakan pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 3–6 tahun dari kalangan keluarga yang agak terpinggir di Kampung Muhibbah.

Melalui inisiatif ini, Generali Malaysia terus memperkasakan masyarakat, memupuk masa depan yang lebih cerah serta mempamerkan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian dan tanggungjawab sosial.

Diiktiraf bagi Kecemerlangan dalam Inovasi dan Kelestarian Prestasi cemerlang Generali Malaysia yang merentasi seluruh perniagaan insurans Am dan Hayat telah mendapat pengiktirafan berprestij.

Dalam segmen insurans Am, Generali telah dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Terbaik Antarabangsa – Malaysia bagi detik penting pelancaran Generali Malaysia, berikutan pemerolehan dan penggabungan MPI Generali Berhad dengan AXA AFFIN General dan Life Insurance di Malaysia.

Sementara itu, segmen insurans Hayat telah menerima pengiktirafan sebagai Inisiatif Insurans Terbaik –Malaysia atas kejayaannya dalam penjenamaan semula, penyepaduan sistem yang rumit, danbpenyegaran semula sistem pengedarannya.

Pencapaian ini termasuk pemindahan dua sistem hayat teras dan lebih 15 sistem persisian bersepadu dalam tempoh kurang dari 20 bulan, di samping pertumbuhan kukuh dalam saluran agensi dan juga bankasurans.

Pencapaian ini menggambarkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan yang semakin berkembang, justeru mengukuhkan kedudukan Generali Malaysia sebagai Rakan Sepanjang Hayat dalam perjalanan hidup pelanggan.

Generali dan UNDP Bekerjasama Mengukuhkan PKS Generali Malaysia, dengan kerjasama Program

Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), telah memacu usaha untuk meningkatkan daya tahan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui akses kepada penyelesaian insurans dan pembiayaan risiko yang direka khusus.

Kerjasama ini tertumpu kepada melindungi PKS daripada cabaran-cabaran perubahan iklim yang semakin meningkat dan risiko-risiko baharu yang lain, mencerminkan komitmen Generali untuk menangani cabaran global di peringkat tempatan.

Sebagai pengiktirafan atas usaha ini, Generali Malaysia telah menerima anugerah berprestif, Inisiatif Insurans Terbaik PMKS – Malaysia dan Anugerah Jenama Lestari BMI 2024.

Anugerah ini meraikan sumbangan inovatif syarikat, termasuk laporan penyelidikan “Membina Daya Tahan PMKS di Asia Tenggara”, alat digital Rangka Kerja Pencegahan Kerugian PKS,

Dana Cabaran Inovasi Insurans, serta projek Asia SME EnterPRIZE.

Inisiatif ini menyerlahkan dedikasi Generali untuk memupuk kelestarian serta peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, yang komited dalam menyokong perniagaan rentan dan memacu pembangunan lestari di seluruh rantau ini.

“Perjalanan kami ditakrifkan oleh usaha kami yang berterusan dalam inovasi, kecemerlangan operasi dan impak masyarakat. Kami berbesar hati dengan pengiktirafan yang telah kami terima, yang mencerminkan kepercayaan pelanggan kepada kami serta iltizam kami untuk mencipta nilai bagi semua pihak berkepentingan.

“Melangkah ke hadapan, Generali Malaysia akan terus memimpin dengan tujuan, memupuk landskap insurans yang berdaya tahan, inklusif dan lestari untuk semua rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia, Fabrice Benard,

Usaha berterusan Generali Malaysia ini sejajar dengan amalan  erbaik global, selain dapat mengekalkan hubungan yang mendalam dengan keperluan tempatan. Dengan memanfaatkan kekuatannya dalam
inovasi dan kelestarian, syarikat ini bersedia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri
insurans Malaysia.`

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button