Politik

Genap tiga tahun jadi kerajaan dan Perdana Menteri…

TARIKH 9 Mei, genap tiga tahun PPBM menjadi kerajaan dan Perdana Menteri. Berikut adalah sebahagian pemikiran dan sumbangan dasar mereka setakat ini mengikut hemat dan catatan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil:

JANJI MANIFESTO PILIHANRAYA

  1. “Manifesto bukan kitab suci”- Dr Mahathir, PM-7 PPBM, Jul 2018
  2. “Sayalah yang menulis janji itu (PTPTN) dalam Buku Harapan… Sudah sampai masanya, semua pucuk pimpinan parti duduk berbincang, janji mana boleh dicapai segera, janji mana yang perlu dilihat semula atau dibatalkan sepenuhnya,”- Wan Saiful, Pengerusi PTPTN, PPBM, Nov 2018

ORANG MISKIN JANGAN HARAP BANTUAN KERAJAAN

  1. “Si miskin perlu terima cadangan-cadangan kerajaan untuk atasi kemiskinan mereka.. Sesungguhnya mereka yang miskin mempunyai masa yang panjang untuk membuat lain-lain kerja… Bukan dengan kerajaan beri BR1M” -Dr Mahathir PM-7 PPBM, Nov 2018

ICERD

4. “Isu ICERD ini kompleks dan ia menjadi kusut kerana tidak dilihat secara rasional, tiada keizinan perdebatan dan perbahasan mengenainya berjalan dengan baik.. Namun isunya ialah ia tidak boleh dibincang. Kita ‘allergic’ dan dipenuhi emosi kononnya nak jual dan jadi pengkhianat.” -Saifuddin Abdullah, Menteri PPBM, Nov 2018

HUTANG NEGARA RM1 TRILLION!

  1. “Tuan-tuan, saya harap kita boleh bersabar… Tapi untuk hapuskan hutang sebanyak RM1 trillion, hutang sebegini banyak bukanlah mudah… Seluruh anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita boleh bayar hutang. Lepas hutang langsai, barulah kita boleh belanja,” -Mahathir, PM-7 PPBM, Mac 2019

STATUT ROM

  1. “Keputusan menandatangani Statut Rom dipersetujui oleh Jemaah Menteri.. Penyertaan Malaysia ini adalah selari dengan dasar ‘Malaysia Baharu’ -Saifuddin Abdullah, Menteri PPBM, Mac 2019

KERETA TERBANG

  1. “Secara dasarnya kita mahu menjadi negara pengeluar, bukan setakat negara pengguna. Esok apabila orang dah (guna kereta) terbang, kita masih nak membeli dari luar?” -Mohd Redzuan Yusof, Menteri PPBM, Nov 2019

COVID-19, KWSP, MORATORIUM DAN DARURAT

  1. “Kadang-kadang kita menerima dua juta pelancong China… Bagaimana hendak kuarantin semua… Hendak letak di mana? Takkan nak buh kat kandang lembu?” -Dr Mahathir, PM-7 PPBM, Jan 2020
  2. “Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu… Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” -Muhyiddin Yassin, PM-8 PPBM, Okt 2020
  3. “Ia (PRN Sabah) tidak boleh ditangguh. Saya sedar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi memastikan wabak Covid-19 tidak merebak akibat kempen pilihan raya diadakan… Setelah habis berucap, saya terus masuk kereta dan meninggalkan tempat ceramah. Dengan itu, saya tidak bersalam atau menyentuh sesiapa… Namun, hakikatnya telah ada individu yang dijangkiti Covid-19 ketika berada di Sabah sekali gus menjadi sesuatu perkara yang amat mendukacitakan kita,” -Muhyiddin Yassin, PM-8 PPBM, Okt 2020.
  4. “Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara ataupun sesuatu negeri,” -Muhyiddin Yassin, PM-8 PPBM, Mac 2021
  5. “Jadi, sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat ini,” -Muhyiddn Yassin, PM-8 PPBM, April 2021
  6. “Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat tidak boleh diadakan pilihan raya. Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023.” -Dr Mahathir, Bekas PM-7 PPBM, Mei 2021

    Jika anda berpuas hati dan merasakan kehidupan anda lebih baik hari ini berbanding sebelum tiga tahun lepas, boleh undi mereka semula.

Jika tidak, mungkin kita perlu tukar mereka (kerajaan PN/PPBM) ini pula. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button