Bencana alamLuar Negara

Gempa bumi sederhana landa Wilayah Chiba

GEMPA bumi bermagnitud 5.4 menggegarkan wilayah selatan Jepun, Chiba, pada Khamis, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.

Menurut agensi cuaca, gempa itu berlaku di selatan wilayah Chiba pada pukul 4.16 pagi waktu tempatan pada kedalaman 40 kilometer (km).

Pusat gempa bumi terletak pada 35.2 darjah utara dan 140.2 darjah timur.

Gegaran turut dirasai di Tokyo namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.  – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button