Luar Negara

Gaza ‘ranap’ dibedil Israel, lebih 200 maut dalam tempoh seminggu

GAZA CITY:  Serangan bertali arus Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh seminggu ini telah mengorbankan lebih 200 orang.

Paling dahsyat ialah serangan yang dilakukan sejak Ahad yang berterusan hingga hari ini dengan boleh dikatakan setiap minit ada serangan dilakukan.

Ekoran serangan itu bangunan runtuh dengan api serta asap menjulang menerangi malam dengan letupan boleh dikata menggegarkan hampir semua lokasi di Gaza.

Israel mendakwa pengeboman itu ditujuka kepada lokasi pejuang Palestin dan terowong-terowong bawah tanah Hamas.

Memetik laporan AFP, 54 jet tempur berjaya menembusi terowong sejauh 15 kilometer, yang sebelum ini diakui oleh tentera sebahagiannya melalui kawasan awam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button