Rencah Hidup

Gara-gara aksi terjun pemuda: Tasik Cermin ditutup

SEMALAM ada terpandang status yang lalu di Facebook peribadi akan aksi seorang pemuda berpakaian hitam melakukan perbuatan terjun ke dalam Tasik Cermin di Perak.

KREDIT GAMBAR FACEBOOK DEE HASHIM

Perbuatan pemuda tersebut dirakam dan ditular di media sosial sedangkan Tasik Cermin adalah destinasi pelancongan yang menjadi tarikan pelancong domestik.

Ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan lelaki tersebut kerana kesannya kemungkinan destinasi pelancongan itu akan ditutup.

Ternyata nila yang dibawa oleh pemuda berkenaan telah merosakkan susu sebelanga apabila Tasik Cermin diumumkan ditutup semalam.

KREDIT GAMBAR FACEBOOK DEE HASHIM

Pengumuman penutupan itu adalah pengumuman rasmi dan kini tiada lagi destinasi pelancongan domestik yang sering menjadi tumpuan pelancong disebabkan oleh keindahan alam semula jadinya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Bahari berkata, kawasan tersebut terpaksa ditutup sehingga siasatan berhubung kejadian berkenaan selesai dijalankan oleh pihak penguatkuasa.

KREDIT GAMBAR FACEBOOK DEE HASHIM

Beliau berkata, pembukaan semula lokasi tersebut untuk kunjungan pelancong akan diumumkan kelak kepada orang ramai.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, identiti pemuda yang melakukan perbuatan terjun itu juga masih dalam siasatan dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ujar beliau, apakah bentuk tindakan, ia akan mengikut kesesuaian.

Untuk rekod, kawasan Tasik Cermin terletak di bawah pengurusan Geopark Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan tasik berkenaan.

KREDIT GAMBAR FACEBOOK DEE HASHIM

Cukup sekadar merakamkan gambar yang memaparkan keindahan alam semulajadi di kawasan tasik berkenaan oleh pengunjung.

Baru-baru ini, video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan dan tular di aplikasi TikTok.

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa kurang senang dengan aksi lelaki tersebut kerana perbuatannya itu boleh menyebabkan kawasan rekreasi itu ditutup kepada pengunjung.

Ternyata apa yang menjadi kebimbangan orang ramai, menjadi satu kenyataan apabila kawasan itu ditutup secara rasmi kepada pelancong.

Sebelum ini, Tasik Cermin pernah ditutup kepada para pengunjung sekitar Mac tahun lepas atas faktor keselamatan. – SUMBER GEMPAK-GAMBAR HARIAN METRO, KOSMO & FACEBOOK DEE HASHIM – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button