Nasional
Gaji premium lepasan TVET ditetapkan hingga RM4,000
Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Memetik BERNAMA, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penetapan kadar gaji itu melebihi pendapatan minimum RM1,500 yang ditetapkan kerajaan ketika ini serta bertujuan menarik lebih ramai lepasan TVET untuk bekerja di sektor berkaitan.
“Kita telah mengadakan memorandum perjanjian (MoA) dengan majikan (syarikat berkaitan kerajaan dan swasta) yang mana gaji premium dipersetujui melebihi gaji minimum ditetapkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Ini akan lebih menarik lepasan TVET untuk bekerja di sektor-sektor tertentu,” katanya.