Nasional

Gading Kencana, penyelidik UTHM tingkatkan perkhidmatan tenaga solar

PENGGUNAAN tenaga hijau atau tenaga yang boleh diperbaharui untuk menjana elektrik semakin meluas dan mendapat tempat di Malaysia termasuk penggunaan cahaya matahari untuk menjana tenaga solar.

Ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan tenaga yang mesra alam sekitar sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan bahan fosil dan arang batu untuk menjana elektrik.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Sdn. Bhd. Datuk Ir. Guntor Tobeng, negara dijangka akan menjana kira-kira 2.3 gigawatt tenagas solar selepas Projek Solar Photovoltaic Berskala Besar (LLSP) 4 dimuktamatkan Disember ini.

“Keseluruhan projek ini berbilai RM3 bilion ringgit. Kalau pelaburan bernilai RM3 bilion bermakna limpahan ekonominya adalah empat kali ganda iaitu kira-kira RM12 bilion.

“Mak cik kiah meniaga goreng pisang pun akan dapat manfaat dengan membuat perniagaan di tapak projek. Kontraktor kelas F pun mendapat peluang di situ,” kata Guntor dalam Program Bersama Ikon Industri.

Program tersebut anjuran Institut Kejuruteraan Integrasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor yang berlangsung baru-baru ini.

Melihatkan perkembangan industri tenaga solar yang semakin pesat maka kerjasama dengan penyelidik di institusi pengajian tinggi amat diperlukan bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan penggunaan tenaga boleh diperhabarui.

Menurut Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi UTHM Prof. Madya Dr. Nafarizal Nayan, kehadiran Guntor ke UTHM memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengetahui permasalahan industri tenaga solar secara langsung agar penyelesaian dapat dihasilkan dengan berkesan.

“Jadi kita minta Datuk Guntor datang ke UTHM untuk memberi penerangan mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak industri supaya penyelidik boleh keluarkan idea yang boleh dilaksanakan di peringkat industri.

“Matlamat Institut Kejuruteraan Integrasi untuk mengabungkan penyelidik pelbagai fakulti supaya mereka boleh mengelurkan idea yang lebih multi-disiplin, yang lebih integrated untuk membantu syarikat tenaga solar seperti Gading Kencana,” kata Dr. Nafarizal.

Dr. Nafarizal berkata, UTHM tidak mahu penyelidik hanya melihat permasalah industri melalui internet atau buku sahaja.

Turut hadir Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Gunaan UTHM Prof. Dr. Hashim Saim dan pensyarah serta penyelidik dari Fakulti Elektrik, Fakulti Sains, Fakulti Mekanikal dan Fakulti Teknologi Maklumat.

“Alhamdullilah nampaknya Datuk Guntor telah memberikan satu pembentangan yang sangat bermanafaat terutamanya perkara-perkara yang bersifat teknikal.

“Nampaknya beliau amat arif dan maklum kepada perkara-perkara yang berkaitan universiti khususnya berkaitan dengan penyelidikan, geran dan sebagainya.

“Kita sebenarnya ingin melihat industri yang lebih kerjasama dengan universiti, memahami universiti dan salah satu peranan universiti ialah buat penyelidikan selain mengajar,” kata Dr. Hashim.

Guntor Tobeng (baju hijau) bergambar bersama-sama penyelidik UTHM.

 

Gading Kencana terlibat dalam industri menjana tenaga solar sejak 27 tahun lalu.

Syarikat tersebut kini mengoperasikan dua ladang solar berskala besar iaitu di Bidor, Perak yang berupaya menjana tenaga elektrik berkapasiti 30 megawatt (MW) dan di Melaka berkapasiti 11.5 juta kilowatt (kW).

Syarikat itu juga akan membina ladang solar ketiga berkapasiti 30 megawalt dengan nilai pelaburan sebanyak RM150 juta di Bidor awal tahun depan.

Selain itu sebagai sumbangan terhadap masyarakat Gading Kencana kini sedang membina tenaga hidro elektrik mini bernilai RM34 juta di Bidor, Perak untuk kegunaan masyarakat Orang Asal.

Projek tersebut dijangka siap pada Disember 2022.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button