Ekonomi

Gading Kencana di ekspo perdagangan, pelancongan Islam di Melaka

Gading Kencana Sdn. Bhd, syarikat penyedia sumber tenaga boleh baharu turut mengambil bahagian dalam Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IITTE) 2024 yang berlangsung selama empat hari sehingga 4 Ogos di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, penyertaan itu bagi meneroka peluang perniagaan yang terdapat pada ekspo itu termasuk mencari peluang kerjasama dengan peserta pameran kira-kira dari 20 buah negara.

“Ekspo ini adalah peluang terbaik untuk kami memposisikan kedudukan Gading Kencana sebagai pemain dalam tenaga boleh baharu khususnya solar bukan  sahaja di Malaysia tetapi di rantau ASEAN dan seluruh dunia terutama negara-negara Islam,” katanya.

IITTE 2024 yang bermula semalam disertai lebih 200 delegasi terdiri daripada pemimpin syarikat antarabangsa, tokoh usahawan, pemain industri halal dan para ilmuan menyertai ekspo kali ini.

Related Articles

Antara negara yang terlibat pada IITTE 2024 adalah Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Jordan, Mesir, Maghribi, Oman, China, Australia, United Kingdom, Perancis, Brunei dan Jerman.

Turut menyertai adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye, Arab Saudi, Algeria, Belanda, Uzbekistan, Bosnia Herzegovina, Tajikistan, Chechen, Mongolia, Tatarstan dan Dagestan.

Pada ekspo ini juga diadakan Pameran Menghayati Kehidupan Rasulullah yang disokong oleh pemilik Muzium Dar Madinah, Arab Saudi. Mereka menghadiahkan kepada kami barangan berkat yang tidak ternilai harganya untuk dipamerkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button