Ekonomi

Gading Kencana, Affin Bank tawar pasang solar tanpa faedah

Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) melalui kerjasama dengan Affin Bank menawarkan pakej pembiayaan pemasangan panel solar tanpa faedah untuk menggalakkan rakyat negara ini berubah kepada penggunaan tenaga boleh baharu.

Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, pakej yang ditawarkan itu adalah untuk pemasangan domestik dua kilowatt yang berharga sekitar RM13,000.

Katanya, melalui kerjasama dengan Affin Bank, pengguna yang menempah pemasangan solar akan diberikan kad kredit bank tersebut bagi membiayai pemasangannya dengan kadar faedah ditanggung oleh Gading Kencana.

“Kita menawarkan promosi pasang solar dapat kredit kad Affin Bank dengan pihak Gading Kencana akan membantu membayar faedah. “Dengan cara ini mereka hanya perlu membayar ansuran bulanan yang rendah kerana caj faedah ditanggung oleh Gading Kencana selain mendapat penjimatan bil elektrik setiap bulan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Guntor, untuk pemasangan solar dua kilowatt ia sesuai untuk mereka yang membayar bil elektrik bulanan antara RM200 hingga RM300 ringgit.

Sekiranya berubah kepada penggunaan solar katanya, mereka akan dapat menikmati penjimatan bayaran elektrik bulanan sehingga 50 peratus yang mana ia boleh digunakan untuk bayaran bulanan skim bayaran mudah yang kami tawarkan untuk tempoh lima tahun.

Selepas lima tahun katanya, para pengguna akan menikmati kebebasan sepenuhnya termasuk menggunakan tenaga elektrik tanpa perlu bimbang bil yang tinggi selain menyumbang kepada mengurangkan jejak karbon.

Guntor berharap melalui kerjasama dengan Affin Bank ini akan dapat membantu menggalakkan orang ramai untuk beralih kepada tenaga bersih tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kewangan mereka.

“Pakej ini kami sediakan untuk memudahkan mereka yang memiliki kesedaran untuk menggunakan tenaga dari sumber semulajadi ini untuk memasang solar di rumah mereka,” katanya.

Selepas pemasangan katanya, Gading Kencana menyediakan khidmat lepas jualan bagi memastikan pengguna menikmati kemudahan berkenaan tanpa gangguan termasuk khidmat menyelenggara panel solar secara berjadual.

“Mereka yang berminat boleh menghubungi mana-mana cawangan Affin Bank atau terus menghubungi kami di Gading Kencana. Kami berharap melalui pakej yang disediakan ini akan terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk berubah kepada penggunaan tenaga boleh baharu,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.gadingkencana.com.my atau hubungi 012 6681262, 010 8117632.- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button